Pages

Selamat Mendaftar Pelajar Matrikulasi 2010

Hari ini aku berkesempatan bersama isteri dan keluarganya menghantar adik ipar ku Zura mendaftar ke Matrikulasi Johor di Tangkak...Mata ku liar memandang di sekeliling melihat bakal2 pelajar matirkulasi yang melangkah ke alam pra-univ.. Terimbau kenangan dulu semasa mendaftar di UUM sekitar tahun 2002.. datang dengan penuh harapan pulang dengan kejayaan... Wajah-wajah ibu bapa, saudara yang menghantar terpancar seribu harapan demi kejayaan... Selamat belajar bersungguh2..
Read more